Jumaat, 20 Ogos 2010

Bengkel 5s Kepada Staff PKG

Bagi memberi kefahaman dan keberkesanan pelaksanaan Konsep 5s kepada semua staff PKG, satu bengkel telah diadakan pada hari Isnin, 16 Ogos 2010. Penerangan telah dilakukan oleh En Mohd Arshad bin Haron, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Parit Bunga. Pada hari berikutnya, bengkel diteruskan dengan menerapkan 5s di peringkat PKG, bermula dengan memilih buang dan memilih simpan barangan masing-masing. Kemudian di sekitar bilik dan seterusnya sekitar PKG. Pada hari terakhir bengkel, banyak perubahan yang dapat dilihat dan bahan-bahan mudah diakses.